Seorang lelaki dihadapkan di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan rompakan terhadap ibu kandungnya, September tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan itu.
Dia didakwa merompak seutas rantai emas ibunya, Siti Sara Mamat, 55, pada 22 September 2013, jam 10.30 pagi di beranda rumah mangsa, di Kampung Alur Mak Bah, Dungun.
Sabit kesalahan dia berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Wan Norzanuar menetapkan 22 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam dan serahan dokumen serta membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin.-Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.