Menu

IKLAN

Omar masih mengayuh beca biarpun sudah berusia 95 tahun.
“Kayuh beca ini adalah senaman semula jadi, menyihatkan dan memberi pendapatan!,” luah pengayuh beca paling tua di Kelantan, Omar Osman, 95 semasa berada di beca usangnya.

Selain Omar, hampir 100 pengayuh beca yang lain di negeri ini masih menggunakan kudrat mencari rezeki untuk menyara sembilan anaknya (sekarang tinggal enam orang setelah yang lain meninggal dunia.

“Pakcik kayuh beca sejak tahun 70-an dan sekarang pakcik berhasrat sangat untuk ke Makkah tahun ini hasil wang pemberian daripada anak-anak dan wang kayuh beca.

“Sekarang pakcik tunggu surat jemputan, tetapi pakcik harap ada pihak dapat membantu mempercepatkan hasrat pakcik ini,” katanya yang sudah kehilangan isteri beberapa tahun lalu dan tinggal di Kampung Sungai Keladi, di sini.

Mengakui pendapatan mengayuh beca di bandar Kota Bharu sedikit lumayan berbanding pada awal 80-an, Omar berkata, pendapatan sekarang dia mampu memperoleh RM3 dalam jarak dekat di bandar berkenaan.

“Beca yang pakcik kayuh ini sudah usang, tilamnya sudah terkoyak dan besinya ada yang berkarat, tetapi dengan pembelian RM1,200 pada 70-an lalu, sehingga kini beca ini masih digunakan.

“Sekarang pakcik banyak harapkan rezeki dengan menunggu pelanggan di pintu nombor empat, Pasar Siti Khadijah dan jika tiba hari cuti sekolah, perayaan dan cuti umum, pelanggan juga bertambah, pendapatan agak lumayan pada musim itu,” katanya yang ditemui semasa Majlis Sehari Bersama Penarik Beca yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisa, Datuk Md Anizam Abdul Rahman, di Gelanggang Seni, di sini, kelmarin.

Mengakui pekerjaan tersebut mampu membolehkan dia menyara keluarga, salah seorang anaknya bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan banyak membantunya kini.

“Rugi anak-anak muda yang menganggur dan masih banyak tenaga boleh digunakan untuk jadi pengayuh beca. Namun pengayuh beca bergantung kepada rezeki.

“Ada dalam kalangan pelanggan berikan RM3 hingga RM10, malah ada yang memberikan upah kami kayuh lebih RM50 sebagai tanda penghargaan berbanding dahulu hanya 20 sen hingga 30 sen pada jarak yang sama,” katanya.-Sinar Harian


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top