Menu

IKLAN

Wuss... hai., penulis dengar-dengar, setiausaha agung PAS, si Stopa Ali menegaskan telah tamatkan keahlian Ustaz Lotfi kerana terlibat kumpulan militan di Syria?

Ada beza ke? Kumpulan yang menyertai militan di Syria pun dah tak hingin balik ke Malaysia. Mencari syahid di sana kata mereka. (Sebenarnya lebih kepada cari sakit)

Kelakar pulak kalau Abang Stopa nak tamatkan keahlian Ustaz Lotfi sebagai SATU AMARAN KERAS terhadap pengikut PAS yang lain supaya jangan sertai militan...

Yang dah sertai puak militan tu rasanya dia MENYESAL ke dibuang dari PAS..? Mungkinlah kot... pada istilah segelintir mereka, masuk PAS masuk syurga...kalau kena pecat ni... takda harapanlah...

PETALING JAYA: PAS telah menamatkan keanggotaan Ustaz Lotfi Ariffin berikutan dakwaan pembabitannya dalam kumpulan militan di Syria.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Lotfi telah disingkir keluar dari parti itu bulan lalu apabila dakwaan pembabitannya dengan kumpulan militan di Syria muncul di media dan juga media sosial.

“Kami menjalankan siasatan kami sendiri dan memutuskan untuk menamatkan keahlian Lotfi.

“Ini menjadi peringatan dan amaran kepada semua ahli-ahli kami untuk tidak mengaitkan diri mereka dengan mana-mana kumpulan militan, kerana kita tidak menyokong keganasan,” katanya.

Mustafa berkata demikian sebagai memberi tindak balas terhadap laporan The Star yang mengetengahkan penglibatan Lotfi dalam kumpulan militan di Syria.

Lotfi dilaporkan menyatakan hasrat untuk mempertahankan hak-hak orang-orang Syria yang ditindas.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top