Kisah pemandu Karpal Singh yang tidak mendapat pembelaan dari DAP sehinggakan beliau terpaksa meringkuk di dalam lokap kerana gagal membayar wang jaminan sebanyak RM5000, (Baca Sini )telah mendapat perhatian Naib Presiden Parti Cinta Malaysa, Datuk Huan Cheng Guan.
Datuk Huan hari ini membayar wang jaminan bagi membebaskan C Selvam yang juga pemandu kepada bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh selepas tiada pihak tampil untuk menjamin dan membebaskan dia dari tahanan polis.
Huan tiba di Mahkamah Majistret Kampar di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan diiringi anggota polis untuk ke bank berhampiran bagi membuat draf bank sebanyak RM5,000 bagi tujuan itu.
Selvam bagaimanapun hanya akan dibebaskan oleh mahkamah esok pagi dan kini dilaporkan ditahan sementara di Penjara Taiping.
Selvam sebelum ini didakwa di mahkamah sama 9 Julai lalu kerana memandu dengan cuai hingga mengakibatkan kematian dan terpaksa ditahan di Penjara Taiping kerana tiada pihak tampil membayar wang jaminan selepas didakwa.
Kes itu akan disebut semula di mahkamah sama Rabu ini.
Menariknya, DAP sebelum ini telah menawarkan bantuan kepada Kiki, wanita yang telah mencetuskan kontroversi setelah tersebarnya video klip beliau memukul kereta seorang warga emas menggunakan pengunci stereng.
Akan tetapi, DAP gagal menghulurkan bantuan kepada bekas pemandu Karpal Singh dengan mengemukakan pelbagai alasan.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.