KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemah terkulai akibat terperangkap di jeriji tingkap rumahnya ketika cuba meloloskan diri keluar dari biliknya yang terkunci kerana kerosakan pintu.
Mangsa, Norliana Nabila bt Mazlan, 8 ,dikatakan terperangkap selama hampir 3 jam sebelum kejadian disedari jiran mangsa yang kemudian menghubungi pasukan penyelamat.
Pasukan penyelamat tiba di kediaman mangsa di rumah PPRT Kampung Losong Ferry dan berjaya melepaskan mangsa yang terperangkap. Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dalam keadaan kritikal.
Ibu mangsa yang bekerja sebagai seorang operator pembersihan di Muzium negeri Terengganu tiada di rumah ketika kejadian.
Abang mangsa, Mohd Faiz, 18, yang berada di bilik sebelah dan ketika kejadian sedang tidur memberitahu, beliau tidak menyedari akan kemalangan yang menimpa adiknya.
Mangsa disahkan meninggal dalam perjalanan ke hospital. - TTimes
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.