Selepas digemparkan dengan isu tulang babi dimasukkan dalam kolam
ternakan ikan patin dekat Batu Gajah awal Julai lalu, wargakota Ipoh
dikejutkan pula dengan tindakan pasangan model yang berpakaian separuh
bogel di Jalan Sultan Yussuf, pagi tadi.
Dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi, kelihatan pasangan model itu
melintas jalan bagi tujuan penggambaran hingga menarik perhatian
pengguna lalu lintas.
Sudah pastinya tindakan pasangan itu yang berpakaian sedemikian rupa
mengundang rasa jelik bagi setiap mata yang memandangnya kerana tidak
menghormati sensitiviti budaya rakyat negara ini.
Pihak berkuasa perlu menyiasat perkara sumbang itu yang boleh
mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat apatah lagi ia dibuat
secara terbuka.
Seorang pengawal bank yang ditemui wartawan Peraktoday.com.my berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 9 pagi.
“Kejadian itu sungguh memeranjatkan pengguna lalu lintas dan orang ramai yang berada di kawasan itu,” katanya.
Sementara itu, pegawai bank berhampiran, Afzarizam Mohamed pula
berkata, perbuatan tersebut merupakan satu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab.
“Perbuatan tersebut seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat di negara ini yang berbilang kaum,” katanya.
Baca kisah selanjutnya dan lagi GAMBAR-GAMBAR di sini : klik PERAK TODAY
Home
»
»Unlabelled
» DIKENALPASTI!!! Pasangan Berbogel Di Tengah Bandaraya Ipoh Akan Disiasat Dibawah Akta Kelakuan Aib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.