Menu

IKLAN

Ada yang menggelar penjenayah ini dengan gelaran pickpockets dan pencopet kerana skil dan kecekapan mereka mengalih perhatian mangsa sebelum melakukan jenayah menyeluk saku.

Antara 'trick' yang menjadi kebiasaan penyeluk saku adalah berpura-pura terlanggar semasa berselisih dengan mangsa sebelum mencuri dompet atau barangan berharga lain milik mangsa.

Tempat-tempat sesak seperti di stesen-stesen, mahupun di dalam pengangkutan awam yang padat juga merupakan tempat tumpuan golongan ini mencari mangsa.

Walaubagaimanapun, dengan teknologi kini yang semakin canggih, penyeluk saku tidak lagi perlu untuk mengadakan sebarang 'body contact' dengan mangsa.

Hanya dengan sejenis pengimbas yang dibawa di dalam sebuah beg kecil sudah cukup untuk menyebabkan anda mengalami kerugian yang besar.

Perhatikan klip video berikut bagaimana seorang lelaki berjaya 'menyeluk saku' 4 orang mangsa dalam masa yang singkat :



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top