LONDON: Bekas pemain Burnley, Leeds dan Queens Park Rangers, Clarke Carlisle dilaporkan parah dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter selepas dilanggar sebuah lori, lapor media Britain.
BBC melaporkan bekas Pengerusi Persatuan Bola Sepak Profesional Inggeris berusia 35 tahun itu ketika ini sedang menerima rawatan begitupun keadaannya tidak mengancam nyawa.
Polis berkata, bekas pemain pertahanan itu dikejarkan ke hospital dengan menggunakan pengangkutan udara namun tidak mengesahkan identitinya.
"Pelanggaran itu membabitkan seorang pejalan kaki lelaki dan sebuah lori," kata jurucakap polis.
"Lelaki yang cedera itu diterbangkan ke Hospital Besar Leeds akibat kecederaan serius," katanya.
Badan induk bola sepak Inggeris, FA menulis dalam laman Twitter "Semua doa dan harapan di FA bersama Clarke Carlisle dan keluarganya dalam masa yang sedih ini."
Organisasi anti perkauman 'Kick It Out' di mana Carlisle bertindak sebagai duta turut menulis: "Kekal tabah rakan, teruskan berjuang." - AFP
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.