Ikuti laman web najibrazak.com di http://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/serangan-pengganas-dan-provokasi-agama/
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk dengan keras serangan pengganas di lokasi serata dunia dan tindakan yang telah diambil di Malaysia bagi membendung serangan pengganas serta provokasi agama, kata Datuk Seri Najib Razak.
"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di beberapa lokasi di dunia seperti di Paris dan Sydney baru-baru ini," katanya menerusi platform Sound Cloud yang dimuat naik dalam laman web najibrazak.com, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS, pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti tersebut.
"Kertas putih bagi menangani ancaman ISIS telah pun dibentangkan di Parlimen dan rang undang-undang anti-keganasan baru akan dibentangkan pada bulan Mac nanti.
"Dalam konteks 'Charlie Hebdo,' kita sama sekali menegah serangan ke atas mereka. Namun pada masa yang sama tidak bermakna kita menerima kegiatan provokasi mereka ke atas agama lain.
"Saya ingin tegaskan bahawa di Malaysia kita tidak akan membenarkan provokasi agama ataupun sebarang perbuatan mengancam ataupun menghina sebarang mana-mana satu agama dilakukan walaupun di atas nama kebebasan bersuara. Kebebasan ada hadnya," katanya.
Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan.
Katanya, hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan prinsip asas yang perlu kita amalkan bagi menjamin keharmonian negara yang berterusan.
- BERITA HARIAN
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.