Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) maut dipercayai dihempap kerangka besi tetulang dalam kejadian di tapak Portal Samantan tengah hari tadi.
Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp, Amir Mahmood Razak yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan mangsa yang maut dikenali Rijaul Abdul Goni, 40, warganegara Bangladesh.
Katanya, mangsa maut di tempat kejadian ketika sedang memasang kerangka besi tetulang apabila ikatan antara besi terbabit dan kerangka secara tiba-tiba terputus.
Bagaimanapun dua lagi rakannya, Shanaullah, 37, dan Rozul Karim, 30-an yang turut berada di tempat kejadian hanya mengalami kecederaan ringan.
"Jenazah Allahyarham Rijaul sudah dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat. Ini akan menjelaskan punca kematian beliau, dan kami akan mengumumkan maklumat selanjutnya kelak," katanya.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 tengahari itu, kesemua mereka dilaporkan sedang memasang kerangka besi tetulang, namun secara tiba-tiba terputus sebelum besi dengan berat dianggarkan hampir 400 kilogram berkenaan terjatuh dan dipercayai menghempap mangsa yang terbunuh itu.
Amir berkata, MRT Corp turut kesal dengan kejadian yang berlaku dan pihaknya memutuskan semua kerja di kawasan V4 Portal Semantan kini ditangguhkan sehingga siasatan selesai.
Polis dan jabatan forensik katanya tiba di tempat kejadian pada jam 3 petang bagi menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
- BERITA HARIAN ONLINE


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top