Menu

IKLAN


IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa Ke-6, Piala Menteri Besar Perak dari 15 hingga 19 April depan.
Kejohanan itu dijangka mampu menarik penyertaan 63 pasukan dari seluruh dunia dan Dewan Kolej Ungku Omar akan menjadi lokasi penganjuran kelak.
Kejohanan pencak silat itu dianjurkan dengan kerjasama antara UPSI dan juga Persekutuan Silat Negeri Perak (PESAKA Perak) dengan dipantau oleh Persekutuan Silat Malaysia (PESAKA Malaysia).
Sebanyak 20 pasukan telah berdaftar untuk kategori IPTA/IPTS yang merangkumi universiti awam dan swasta, kolej komuniti, politeknik serta kolej dan institut kemahiran Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Manakala 20 pasukan lagi berdaftar untuk kategori remaja antarabangsa dengan 10 daripadanya mewakili pasukan negeri yang terdiri daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Sukan Negeri, dan pertubuhan yang bergiat aktif seperti Persatuan Gayung Fatani Malaysia.
Untuk katogeri terbuka antarabangsa pula, 23 pasukan akan mengambil bahagian dengan 11 daripadanya mewakili negara luar seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan, Usbekistan, Turkistan, Pakistan, Jepun dan Bangladesh.
Tidak ketinggalan, 10 pasukan dari seluruh negeri bakal menyertai kejohanan tersebut antaranya Selangor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Labuan dan Perlis.
Sementara itu, dua lagi pasukan badan beruniform iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengesahkan penyertaan mereka.


- Perak Today -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top