PANGKOR: Akibat tidak mengikut trek laluan yang disediakan, empat pendaki remaja hilang arah sebelum sesat di kawasan tapak kajian arkeologi Hutan Simpan Dara Sungai Pinang, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, dua lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berumur 22 tahun dipercayai melakukan aktiviti lasak (jungle-trekking) tanpa meminta bantuan daripada juru pandu.
Difahamkan, kumpulan itu juga tidak menggunakan laluan trek yang telah disediakan.
Pasukan mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 petang.
PBK 1, Nor Mazlan Mohd Salleh mengetuai operasi mencari dan menyelamat kumpulan pendaki yang sesat itu.
Kesemua mangsa akhirnya dijumpai pada jam 11.18 malam dan berjaya dibawa keluar dari kawasan terbabit sekitar jam 2.30 pagi tadi.
Pasukan mencari terpaksa mendaki hingga ke puncak bukit bagi memastikan kedudukan mangsa sebelum terdengar panggilan mereka.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Desa Pangkor untuk pemeriksaan kesihatan.
- Perak Today -
 
 

 
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.