Menu

IKLAN



Cadangan SPAD untuk menaikkan tambang pengangkutan awam berdasarkan peningkatan kos operasi perkhidmatan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya kepada pengguna yang menjadikan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian mereka. Kadar kenaikan tambang teksi dan kereta sewa akan naik antara 20% hingga 67% manakala tambang bas ekspres akan naik 22.6 % mulai 15 Mei 2015 akan menimbulkan kegusaran daripada semua pihak

Pada hemat saya, kenaikan tambang pengangkutan awam tidak wajar dilaksanakan. Hal ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi akan membebankan rakyat sekaligus membantut proses penjanaan pendapatan ekonomi Negara. 

Selain itu, taraf pengangkutan awam yang tidak memenuhi piawaian dan justifikasi pengangkutan awam seharusnya diambil kira daripada pelbagai aspek sebelum kadar kenaikan tambang dilaksanakan. Penambahbaikan secara berperingkat perlu diwujudkan secara holistik dalam meningkatkan taraf pengangkutan awam kepada yang lebih baik.

Tambahan lagi, tambang tidak seharusnya dinaikkan kerana ia bertentangan dengan misi kudsi kerajaan yang menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kenderaan awam. Sebaliknya, apabila kadar tambang pengangkutan awam dinaikkan akan menyebabkan percanggahan paradigma rakyat dalam penggunaan pengangkutan awam. 

Dan yang paling penting,GST yang bakal dilaksanakan pada awal April sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Konklusinya, kenaikan tambang pengangkutan awam tidak wajar dilaksanakan buat masa ini.

Al Yashir Yahaya
Ahli Parlimen Belia Negeri Perak,
Ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO Negeri Perak


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top