BATU GAJAH, 4 Mac- Memilih kerjaya yang diminati dan berkelayakan merupakan antara dilema terbesar yang dihadapi oleh pelajar sekolah khususnya bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari keadaan semasa ini, Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak, saudara Ahmad Fadzil Ahmad Shuhaili dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling SMK St Bernadette's Convent, Batu Gajah, Perak telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program ceramah kerjaya.
Program yang berlangsung pada 4 Mac 2015 ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar bagi menentukan kursus yang sesuai diambil semasa melanjutkan pelajaran di kolej/ universiti dan kerjaya pilihan mereka apabila graduasi kelak.
Menurut salah seorang kaunselor sekolah tersebut, Pn Marshidah Mat Johor, ceramah sebegini dapat membuka minda pelajar agar lebih termotivasi dalam pembelajaran mereka. Menyifatkan ceramah ini mencapai objektifnya, beliau berharap ini mampu memberi pendedahan kepada realiti kerjaya yang diimpikan oleh setiap pelajar tersebut.
Program yang dihadiri oleh seramai 650 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 ini turut dibantu oleh saudara Muhammad Hamri bin Ibrahim yg juga merupakan pegawai penyelidik di Universiti Teknologi Petronas.
- Disediakan oleh Ahmad Fadhil Ahmad Suhaili - Ahli Parlimen Belia Negeri Perak




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.