KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka bermula esok hingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran itu berikutan keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, bahawa keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Selain itu, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka pula dijangka berterusan sehingga awal malam ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang turut berbahaya kepada bot-bot kecil. 
- Bernama -
 
 

 
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.