IPOH: Seramai 14 orang termasuk empat anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) direman di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
Tahanan reman terhadap 10 orang awam dan empat kakitangan kerajaan tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim.
Kesemua tahanan kelihatan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi dengan menaiki sebuah bas.
Rahimah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan empat anggota TLDM berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Manakala 10 lagi tahanan yang merupakan orang awam melibatkan sembilan lelaki dan seorang wanita pula disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
http://peraktoday.com.my/2015/03/14-temasuk-empat-anggota-tldm-direman-babit-kes-rasuah/
- Perak Today -
 
 

 
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.