Menu

IKLAN


TELUK INTAN: Operasi mengesan dan menyelamat seorang lelaki yang hilang sejak malam semalam diteruskan hari ini di sekitar kawasan Sungai Pahlawan, dekat Langkap.
Menurut sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Perak (JPAM), mangsa yang dipercayai hilang itu berumur sekitar 40-an.
Menurut saksi, beliau terlihat kelibat mangsa meminta pertolongan sambil bergayut pada tali yang terdapat pada tengah sungai berkenaan.
Sejurus saksi bergegas mendapatkan bantuan dan kembali semula ke lokasi kejadian, mangsa sudah tidak kelihatan lagi di kawasan itu.
Setakat jam 12.35 tengah hari tadi, operasi mengesan mangsa sedang giat dijalankan dengan disertai anggota yang menaiki bot.
IMG-20150310-WA0018
Turut hadir ke lokasi kejadian, Exco Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.


- Perak Today -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top