IPOH: Hasil perbincangan bersama rakan dan saling bertukar-tukar maklumat menjadi rahsia kejayaan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh, Nor Firzanah Mohd Tafkir yang memperoleh 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.
![]() |
| Nor Firzanah Mohd Tafkir bersama ibunya ketika menerima keputusan SPM di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh |
Menurutnya, kejayaan itu juga dicapai hasil usaha yang berterusan selain bantuan guru serta restu ibu-bapa.
“Saya belajar bersama kawan-kawan dan kami saling bertukar pendapat,” katanya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu langsung tidak menjangka akan memperoleh keputusan cemerlang dan berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara.
“Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Geologi kerana berminat untuk bekerja di luar dan bukannya terperuk di pejabat,” tambahnya lagi.
Sementara itu, menurut calon Orang Asli, Shamien Seliman, kejayaan kakaknya menjadi inspirasi untuknya lebih berjaya dalam pelajaran.
![]() |
| Shamein Seliman bersama ibunya, Dayang Kimsui. |
Jelas Shamien, kejayaannya memperoleh 7A, 2B adalah hasil usaha gigihnya mengulangkaji setiap hari bermula dari jam 8 malam sehingga awal pagi.
“Saya bercadang untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk mencapai cita-cita bergelar seorang pensyarah pada suatu hari nanti,” katanya.
Menurut ibu Shaminen, Dayang Kimsui, kejayaan itu akan menjadi motivasi terbaik buat anaknya untuk berusaha lebih gigih dan menyambung pengajian ke peringkat tinggi kelak.
“Pelajaran itu cukup penting dan pastinya saya akan mendorong Shaminen untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
-Perak Today-



0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.