IPOH ; Pasukan Ipoh muncul juara kejohanan bolasepak Piala Presiden PAFA 2015 selepas menewaskan pasukan Hilir Perak 4 - 3 dalam perlawanan akhir di Stadium Perak malam tadi. Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 3 sama.
V. Pathmanaten muncul wira Ipoh apabila menjaringkan hatrik bagi pasukannya, sekaligus menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan dengan tujuh gol dan dipilih pemain terbaik pada perlawanan semalam. Juara kejohanan menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan dan hadiah iringan manakala naib juara menerima wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan.
Tempat ketiga / keempat kejohanan jatuh kepada pasukan Majlis Sukan India Perak dan Gopeng yang masing-masing menerima wang tunai RM1,000. Pasukan Perak Tengah dipilih memenangi Piala Fair Play. Piala Kejuaraan telah disampaikan oleh Presiden PAFA, YB Dato Zainol Fadzi.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.