Menu

IKLAN

SEPANG: Gempar apabila sebutir ‘bom’ disahkan ditemui berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Maklumat mengenai bom mula menjadi ‘viral’ menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan ia terletak dalam lingkungan 30 kilometer dari KLIA.
Perkara tersebut mencetuskan rasa panik kepada orang awam yang bimbang terhadap keselamatan mereka.
Bagaimanapun, ia bertukar menjadi bahan lawak apabila bom yang digembar-gemburkan itu adalah foto pas pekerja yang juga seorang individu lelaki yang bertugas di MASKargo yang bernama ‘Bom’.
Perkara tersebut disahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Asisten komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menerusi laporan beberapa portal berita hari ini sekaligus menafikan dakwaan terdapat bom berdekatan KLIA.
"Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar," katanya.

- mD -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top