Menu

IKLAN


IPOH: Kejayaan 30 peserta termasuk 10 pelatih dari pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menawan puncak Gunung Kinabalu pada 16 Oktober lalu, mendapat pengiktirafan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).
Sebentar tadi, kumpulan itu diraikan dalam majlis ‘Budi Disanjung, Jasa Dikenang’ di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.
Majlis ini itu juga dianjurkan bagi meraikan persaraan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Datuk Chong Phaik Kee yang bersara daripada perkhidmatan, tahun lalu.
Selain itu, 17 peserta kurang upaya yang menyertai ‘Special Olympic’ bagi kategori paralimpik di Terengganu, baru-baru ini turut diraikan pada majlis terbabit.
Pasukan itu berjaya memenangi pingat emas bagi beberapa acara yang dipertandingkan.
Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli, berkata majlis itu dianjurkan bagi meraikan empat peristiwa penting yang membabitkan beberapa pihak.
“Berkat sokongan PDK dan kerjasama JKM, BAIDURI berjaya membantu merealisasikan impian dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak agar terus menyalurkan bantuan dan khidmat sosial kepada golongan kurang upaya.
“Kita juga perlu menghargai setiap kejayaan yang diperoleh,” katanya.
Pada majlis sama, BAIDURI turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,200 kepada Sekolah Semangat Maju Ipoh khusus untuk membantu perkembangan pelajar sekolah tersebut.
- Perak Today -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top