IPOH: Tempoh tahanan reman suspek membabitkan kes dera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Klebang Jaya, dekat sini, disambung selama tujuh hari lagi.
Majistret Rahimah Rahim mengeluarkan perintah terhadap suspek selepas tempoh tahanan reman tamat, hari ini.
Suspek, seorang wanita berumur 26 tahun yang merupakan pengasuh kanak-kanak itu, Nor Saraniya Abdullah telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Pada petang 3 Mac yang lalu, Nor Sarayani, 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dihubungi penjaganya selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di mulut.
Abang kepada mangsa yang berusia enam tahun yang dijaga oleh pengasuh sama juga turut mengalami kesan luka di bahagian seluruh badan dan dipercayai didera.
- Perak Today -

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.