Menu

IKLAN


IPOH: Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) akan mengagihkan sumbangan daging korban kepada penduduk rumah pangsa di sekitar Bandaraya Ipoh hari ini.
YBUDR juga telah menyasarkan agihan kepada dua buah rumah pangsa di bandaraya ini untuk pengagihan daging korban tersebut iaitu di rumah pangsa Connoly dan Kinta High.
Presiden Kelab Kebajikan Kakitangan YBUDR, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata penduduk di kedua-dua flat ini kebanyakannya adalah dari golongan sasaran agihan sumbangan kali ini.
“Yayasan Bina Upaya ini membantu golongan sasar, jadi untuk daging korban hari ini kita akan agihkan kepada penduduk flat Sri Connoly dan flat Kinta High dimana penduduk dikawasan flat ini kebanyakannya dari golongan yang susah”, ujarnya.
1
Terdahulu pihak YBUDR menyediakan seekor lembu sebagai ibadah korban manakala seekor lagi lembu disediakan untuk majlis akikah.
“YBUDR turut menyumbang separuh daripada bayaran harga lembu manakala separuh lagi adalah wang yang dikumpul oleh staf kita”, ujar Salim.
Majlis yang berlangsung buat kali ketiga ini disertai seramai 50 orang sukarelawan bagi membantu korban dan akikah yang dijalankan.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Hairul Anuar.
3


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top