IPOH:Sebanyak 60 tapak niaga Bazar BantuNita atau Ladies Lane disediakan khusus kepada peniaga yang terdiri daripada golongan wanita yang berminat meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka.
Penyediaan lokasi tapak tersebut merupakan kerjasama dan hasil perbincangan kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bersetuju dan membenarkan peniaga terpilih menggunakan 60 petak perniagaan yang diberi nama Ladies Lane bertempat di lokasi Pasar Karat, Memory Lane di sini.
Majlis perasmian tapak niaga tersebut telah disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah di tapak niaga BantuNita Jalan Dass, Memory Lane di sini hari ini.
Terdahulu, turut berlansung pertandingan berendoi melibatkan penyertaan daripada 15 kumpulan dan penglibatan 8 kumpulan lain terdiri daripada masyarakat Orang Asli, Sarawak dan Sabah.
“Pertandingan ini untuk mempromosikan budaya kita dan didikan kepada semua supaya pengekalan kepada budaya tersebut,” katanya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim ianya dilancarkan bersempena Sambutan Hari Wanita peringkat negeri semalam.
“Pelancaran BantuNita ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu para peniaga khususnya wanita yang ingin meningkatkan pendapatan mereka.
“Kebanyakkan datang daripada golongan wanita yang kurang berkemampuan,” katanya.
Ujarnya 40 tapak disediakan sebagai gerai tetap untuk perniagaan manakala selebihnya 20 tapak lagi digunakan untuk acara khas yang akan dijalankan setiap minggu.
“Kerajaan negeri menyediakan khemah, meja disediakan dan peniaga cuma perlu berniaga di ruang yang disediakan,” katanya.
Perniagaan dijangka akan dijalankan pada setiap hari Ahad pagi sama dengan pasar karat berlangsung.
“Pada setiap minggu akan diadakan acara berlainan sebagai daya tarikan untuk mengunjungi gerai dan pada hari ini adalah pertandingan berendoi,” katanya.
Ujarnya lagi, bagi perayaan Deepavali yang akan datang,dijangka akan berlangsung acara yang berkaitan dengan sambutan itu selain daripada gerai jualan yang disediakan kelak.
Terdahulu, Pelan tindakan Wanita Peringkat Negeri Perak bagi tempoh lima tahun bermula pada tahun 2016 hingga 2020 telah dilancarkan semalam oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Pelan tindakan itu katanya memberi penekanan kepada lima teras dan tonggak utama pembangunan wanita dan pengisiannya mengikut kesesuaian masa.
“Kelayakkan peniaga ini dinilai menerusi sesi pendaftaran dan temuduga malah kerajaan negeri akan membantu daripada segi tambah nilai kepada produk berkenaan.
“Sebagai contoh peniaga seramik yang turut serta kali ini telah berjaya menarik minat orang luar iaitu daripada Australia dan mereka telah bertukar-tukar kad perniagaan untuk urus niaga kelak,” katanya.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.