Menu

IKLAN


IPOH: Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak akan ditangguhkan sekiranya jerebu masih berterusan melanda Negara ini sehingga kepada tarikh peperiksaan tersebut
PT3 dijadualkan akan berlangsung pada 12, 13 dan 15 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Datuk Dr Mohammad Amin Zakaria berkata, sekiranya PT3 ditangguh, ianya akan menyebabkan pelbagai implikasi kepada pelajar.
“Peperiksaan awam tidak boleh ditangguh sebab ia melibatkan implikasi yang pelbagai dan kos juga akan meningkat.
“Antara alternatif yang dibincangkan ialah kita boleh kuarantinkan pelajar di sekolah atau tempat yang pelajar tidak boleh keluar dalam tempoh peperiksaan berlangsung,”katanya ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Jelasnya lagi, sepanjang tempoh tersebut, pelajar akan dibekalkan dengan makanan dan sebagainya supaya mereka dapat menduduki peperiksaan.
“Kalau kitaa kecualikan pelajar daripada mengambil PT3 oleh kerana jerebu, nanti mereka perlu mengambil semula peperiksaan tersebut. Itu melibatkan proses-proses yang lain.
“Kementerian akan buat keputusan sama ada pelajar-pelajar itu akan dikuarantinkan atau sebaliknya sebab ia melibatkan Lembaga Peperiksaan,”ujarnya.
Terdahulu, beliau turut mengulas berkaitan isu penutupan 17 buah sekolah di negeri ini yang ditutup buat pertama kalinya berikutan masalah jerebu dialami kini.
“Kita dah turunkan kuasa kepada pihak sekolah sendiri apabila mereka (pihak sekolah) mendapat data rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman web jabatan tersebut.
“Jadi mereka (pengetua dan guru besar) boleh menutup sekolah. Tetapi ianya perlu dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Tambahnya lagi, pihak sekolah perlu menggantikan hari persekolahan sekiranya jumlah hari persekolahan dalam setahun tidak mencukupi.
“Sebenarnya menutup sekolah bukan satu isu yang mudah sebab ianya melibatkan rutin proses pembelajaran dan pengajaran (PDP) terhenti.
“Sekolah ini perlu memenuhi bilangan hari bersekolah. Kalau sekolah ditutup dan tidak mencukupi bilangan hari, hari persekolaham perlu diganti. Kalau jumlah hari itu mencukupi, mungkin tak perlu diganti,”ujarnya.
Hari ini, sebanyak 17 buah sekolah di Tanjung Malim ditutup akibat masalah jerebu.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top