IPOH: Pasukan Perak berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas berjaya menewaskan pasukan Kelantan dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2015 bertempat di Padang Ragbi Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.
Perlawanan suku akhir ini seperti ulangan kepada perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan pada peringkat kumpulan tempoh hari.
Perak terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan pasukan dari Pantai Timur itu apabila ketinggalan 6-10 selepas tamat separuh masa.
Mata jaringan yang diperoleh oleh pasukan Kelantan pada separuh masa pertama adalah dari satu percubaan, satu penalti dan menyempurnakan satu convertion manakala Perak mengutip mata hasil jaringan dua penalti oleh pemain fullback, Amir Hadafi
Perak pada awalnya seakan-akan tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan itu apabila Kelantan terus menambah mata sebaik separuh masa kedua bermula.
Namun, pemain posisi lock Perak Syarif Nurhidayat menjadi pencetus kebangkitan pasukan apabila berjaya mencuri mata apabila mendapat percubaan pada minit ke 49.
Perak terus menyerang dengan agresif untuk mendapatkan mata dengan Ratu Apolosi dan Mohd Azri masing-masing berjaya melakukan percubaan.
Amir Hadafi cemerlang meyempurnakan convertion dari setiap percubaan yang diperolehi sebelumnya
Perak menamatkan perlawanan dengan jaringan 25-22 mengatasi Kelantan.
Pasukan Perak juga dijangka akan bertemu dengan pasukan dari Selatan, Johor pada peringkat separuh akhir, hari Rabu ini 30 September 2015 di Padang UPM,Serdang pada pukul 4 petang.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.