Menu

IKLAN


IPOH:Kebimbangan seorang ibu mengenai keselamatan anaknya tidak mampu dibendung lagi apabila anaknya masih  hilang sejak setahun lalu masih belum dijumpai.
Ibu kepada Mohammad Amir Mohammad Arif, Siti Aisyah Abdul Ghani meminta supaya pihak Polis menyiasat punca kehilangan anaknya sejak setahun yang lalu.
Amir dikatakan telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi oleh keluarga setelah pulang daripada Singapura pada 5 Julai 2014 dan dikatakan berada di Johor.
Ujar Aisyah, kebimbangan terhadap keselamatan anaknya itu semakin kuat apabila beliau berjaya menghubungi teman wanita Amir yang bernama Nurul Aini pada Ogos lalu.
“Dalam perbualan itu, dia memberitahu saya Amir sudah tiada dan terus memutuskan panggilan,” katanya.
Aisyah berkata, ibunya juga turut memberitahu bahawa Amir pernah datang bersama teman wanitanya dan bermalam di rumah neneknya itu di Alor Setar sebelum dilaporkan menghilangkan diri.
“Sebelum ini Amir pernah membuat 25 laporan Polis mengenai ancaman, penipuan dan ugutan yang diterimanya oleh individu tidak dikenali,” katanya kepada wartawan di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak hari ini.
Amir dikatakan berkerja di sebuah syarikat guaman dan menentap di Perak selama tujuh tahun sejak berusia 17 tahuni setelah dilaporkan hilang sehingga kini.
Aisyah juga mendakwa kehilangan anaknya itu adalah disebabkan oleh dendam dan ugutan yang diterimanya selama ini tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.
“Pihak Polis hanya membuka tiga kertas siasatan dan akhirnya senyap begitu sahaja,” katanya.
Aisyah berharap supaya pihak Polis dapat mengesan teman wanita anaknya bagi mendapatkan bukti kukuh dan kesahihan mengenai kehilangan anaknya itu.
Setakat ini, tiga laporan Polis telah dibuat mengenai kehilangan Amir melibatkan dua laporan di Balai Polis Sungai Senam Ipoh dan satu laporan Polis di Alor Setar lokasi terakhir Amir berada.
Difahamkan juga bahawa Amir pernah membuat laporan Polis mengenai pemberian wangnya dan hadiah barangan kemas kepada wanita berkenaan untuk perkahwinan mereka namun ianya tidak berlangsung seperti yang dirancang.
“Amir menuntut semula wangnya dan teman wanitanya itu juga pernah direman selama seminggu berkenaan perkara itu,” katanya.
Terdahulu, menurut Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah Amir pernah membuat laporan mengenai ugutan yang diterimanya di pusat khidmat berkenaan pada 15 September 2013 yang lalu.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top