Seri Manjung, Tanjong Malim Catat IPU Tidak Sihat
IPOH: Seri Manjung dan Tanjong Malim menunjukkan kadar indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 9 pagi tadi, menenerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.
Seri Manjung mencatatkan IPU tidak sihat 118 manakala Tanjung Malim pula mencatatkan IPU 136.
Sementara itu, dua kawasan lain di negeri ini iaitu Taiping dan Jalan Pegoh, Ipoh mencatatkan tahap IPU sederhana iaitu Taiping (70) dan Jalan Pegoh (94).
Menurut laman web JAS itu lagi, sebanyak empat kawasan di negara ini mencatatkan bacaan sangat tidak sihat sehingga jam 9 pagi ini.
Empat kawasan tersebut ialah Pelabuhan Kelang (248), Petaling Jaya (210), Shah Alam (262) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (237).
Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, 51 ke 100, sederhana, 101 ke 200, tidak sihat, 201 ke 300, amat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, Malaysia dijangka bebas daripada jerebu menjelang awal Oktober ini, memetik laporan mstar.
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.