Menu

IKLAN


IPOH:Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyatakan bahawa elemen kesukarelawan  berupaya memberi impak dan sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat dalam sesebuah negara.
Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Wanita peringkat negeri Perak 2015 dan menyaksikan forum pada seminar yang bertajuk “ASEAN Women in Nation-Building through Volunteerism” bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya hari ini.
Titahnya, contoh kerjasama diantara sukarelawan dan agensi kerajaan dapat dilihat menerusi kejayaan perubatan yang besar masa kini dalam bidang tugas pembasmian polio di seluruh dunia yang melibatkan lebih 200 pekerja sektor kerajaan dan juga lebih 20 juta sukarelawan.
“Tanpa penglibatan kerajaan, pengurusan kos, akses kepada pembiayaan dan ketidakupayaan untuk menggubal undang-undang akan melumpuhkan usaha ini.
“Tanpa sukarelawan juga, operasi, mobilisasi, tenaga kerja dan akses juga akan menjadi cabaran yang besar,” titahnya.
Ujar Baginda lagi, ruang perlu diberikan kepada masyarakat yang antara lain berupaya membantu menyuarakan kehendak mereka.
“Apabila rakyat berasa memiliki hak, asas dalam pembinaan negara juga mampu diperkukuhkan malah dengan cara ini, pertubuhan-pertubuhan sukarela juga memainkan peranan dalam kedua-dua bahagian.
“Sebagai contoh, dasar penjagaan kesihatan Brazil telah menyaksikan rombakan besar dalam dua dekad yang lalu akibat daripada perdebatan antara pembuat dasar, pakar kesihatan dan wakil masyarakat.
PERAKTODAY1
“Agihan sumber kesihatan kepada orang awam kini lebih seimbang dan kelompok keterbawahan juga mempunyai akses yang sama kepada penjagaan kesihatan,” titahnya lagi.
Manakala di India, pergerakan sukarelawan mula berkembang berikutan insiden kejadian rogol yang menyebabkan kematian seorang wanita muda di New Delhi pada tahun 2012.
Insiden itu telah menyedarkan pihak kerajaan mengenai keperluan untuk pembaharuan undang-undang baharu untuk mengatasinya.
Di Sierra Leone juga ujarnya,  perang saudara selama 11 tahun sedang dibaiki dengan bantuan sukarelawan, yang bertindak menganjurkan mikro-projek yang mengintegrasikan pejuangan ke dalam masyarakat serta  memastikan bahawa keamanan yang dimiliki kini terus kekal.
“Sukarelawan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat biasa yang melakukan kerja-kerja yang luar biasa dengan mengorbankan masa mereka dan juga kadang kala dengan wang mereka sendiri,” titahnya.
Titah Zara lagi, biarpun hanya sedikit masa dan pengorbanan dicurahkan oleh para sukarelawan ianya boleh menghasilkan satu perubahan yang besar dalam kehidupan lain.
“Mereka telah menunjukkan bahawa semua yang diperlukan adalah keinginan untuk mendekati dan kesediaan untuk mengetahui caranya,”titahnya lagi.
Terdahulu, baginda turut menegaskan bahawa penganjuran hari wanita kali ini juga merupakan langkah bagi memberi pengiktirafan dan meraikan peranan serta pencapaian golongan berkenaan.
PERAKTODAY4
Titahnya, tumpuan dan perhatian juga lebih berfokuskan mengenai hak-hak wanita dan kesaksamaan gender.
“Wanita muda khususnya perlu berperanan untuk turut serta mengambil bahagian dalam meluangkan masa dan usaha mereka ke arah menjadikan perbezaan yang positif dalam masyarakat serta pembangunan negara,” titah baginda lagi.
Seminar kali ini juga turut dihadiri para sukarelawan daripada Malaysia, Thailand dan Filipina bagi berkongsi pengalaman mereka.
PERAKTODAY3


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top