Menu

IKLAN


IPOH: Laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seri Manjung dan Tanjung Malim mencatatkan penurunan setakat jam 9.00 pagi tadi.
Seri Manjung mencatatkan IPU sederhana 63 manakala Tanjung Malim pula mencatatkan IPU 96.
Dalam pada itu, Jalan Pegoh, Ipoh pula mencatatkan bacaan IPU sederhana (85) manakala Taiping mencatatkan bacaan IPU baik iaitu 39.
Berikutan keadaan jerebu yang truk semalam, sebanyak 17 buah sekolah ditutup hari ini bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.
Sekolah-sekolah yang ditutup adalah SMK Khir Johari, SMK Katholik, SMK Bandar Behrang 2020, SK Methodist, SK Tg. Malim, SK Datuk Nan Kaya, SK Proton City, SK Bandar Behrang 2020, Sk Dato Kamarudin, SK Behrang Bt. 8, SJKC Chung Sin, SJKC Phin Min, Behrang Station, SJKC Behrang Ulu, SJKT TSDM, SJKT Ladang Behrang River dan SJKG Ladang Ketoyang.
Penutupan ini hanya dilakukan sehari sahaja.
Laporan laman web JAS juga menunjukkan empat kawasan di negara ini telah mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat semalam mengalami penurunan bacaan IPU pada hari ini.
Empat kawasan tersebut ialah Pelabuhan Kelang (118), Putrajaya (104), Shah Alam (94) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (94).
Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, 51 ke 100, sederhana, 101 ke 200, tidak sihat, 201 ke 300, amat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top