Menu

IKLAN


IPOH: Sebuah lori treler yang membawa muatan simen cuba mengelak kereta jenis pacuan empat roda Toyota Hilux yang memberhentikan kenderaan secara mengejut lalu melanggar empat buah kenderaan lain termasuk kereta polis dan sebuah motorsikal berkuasa tinggi.
Kemalangan itu telah mengakibatkan tiga nyawa melayang.
Dalam kemalangan yang berlaku di KM283 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke selatan, tiga maut di tempat kejadian manakala dua parah dan tiga cedera.
Mangsa yang maut ialah Mohd Fazli Malijan 38, Mohamad Shamsul Mod Fazli 15 dan saudaranya Mohd Amirul Hakimi Abdullah 15.
Menurut jurucakap dari pihak bomba, kejadian berlaku apabila sebuah treler tangki yang membawa muatan simen terbabas apabila cuba mengelak daripada melanggar sebuah pacuan empat roda jenis Totota Hilux.
“Treler tersebut melakukan brek mengejut dan melanggar empat buah kereta termasuk kenderaan polis dan juga sebuah motorsikal berkuasa tinggi di tepi jalan,”katanya.
“Kejadian tersebut telah mengakibatkan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans, manakala dua mangsa cedera parah dan tiga cedera,”katanya.
IMG-20151017-WA0002
Katanya lagi, treler tersebut cuba mengelak Toyota Hilux tersebut yang membuat brek mengejut lalu melanggar kenderaan polis yang sedang membuat siasatan kes kemalangan yang berlaku sejam sebelum kemalangan tersebut dan juga kenderaan berhampiran.
Kesemua mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menggunakan ambulans hospital dan ambulans EMRS untuk menerima rawatan susulan selepas menerima rawatan awal.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh PKPgB Rozmi Che Hamat tamat pada jam 1 petang.
Sementara itu, adik ipar kepada Mohd Fazli, Noraini Lot ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, beliau terkejut dengan kejadian yang menimpa adik ipar dan anak saudaranya.
Katanya lagi, kedua-dua remaja tersebut telah dilarang daripada mengikut bapa saudaranya yang bekerja sebagai ‘longkai’ kepada pengusaha trak tunda di sekitar sini.
“Shamsul dan Amirul memang rapat. Jadi kalau salah seorang ikut, yang seorang lagi mesti nak ikut juga.
“Sebelum itu, mereka dah pun dilarang untuk tidak mengikut arwah (Fazli) pergi bekerja, tetapi mereka tetap berkeras nak ikut,”katanya.
Beliau bagaimanapun tidak dapat bercakap lanjut kerana masih terkejut dengan kehilangan ahli keluarganya dalam kejadian tersebut.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top