Menu

IKLAN


PERANCANG tengah Manchester United, Juan Mata menjadi watak utama kemenangan The Red Devils, 2-1, menentang Wolfsburg dalam aksi Kumpulan B, Liga Juara-Juara, semalam.

Mata menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34 dan mencipta assist untuk gol kedua, m-53.

Bagi pengendali United, Louis van Gaal, aksi Mata dalam perlawanan tersebut bukan yang terbaik daripada pemain berasal dari Sepanyol itu.

“Jika anda kata itu aksi terbaik Mata. Saya tidak bersetuju.

“Saya pernah melihat Mata beraksi lebih baik daripada itu,” katanya.

United kini menghuni tangga ketiga dengan pungutan tiga mata selepas dua perlawanan.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top