Menu

IKLAN


IPOH: Pihak polis akan menyediakan anggota dan pegawainya yang mencukupi menjelang perlawanan bola sepak Piala Malaysia diantara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak pada Ahad ini berikutan adanya maklumat yang mengatakan bahawa terdapat individu atau kumpulan dikatakan akan cuba untuk menimbulkan insiden yang dikhuatiri bakal mengganggu perlawanan tersebut.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, pihak polis telahpun bersedia dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana inidividu atau kumpulan yang cuba menggagalkan perlawanan tersebut.
“Untuk perlawanan pada Ahad ini, kami telah menerima maklumat bahawa ada individu atau kumpulan yang akan cuba menimbulkan insiden yang boleh mengganggu perlawanan bola sepak ini.
“Kami ingin mengingatkan bahawa pihak polis telahpun bersedia dan akan mengambil tindakkan yang tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yangg cuba untuk menggagalkan perlawanan bola sepak sama ada sebelum, semasa atu selepas perlawanan,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pagi tadi.
Tambahnya lagi, penyokong yang hadir ke Stadium Perak pada malam itu juga akan diperiksa dengan rapi sebelum memasuki perkarangan stadium.
“Kami juga ingin mengingatkan juga bahawa mereka (penyokong) yang ingin menyaksikan perlawanan ini tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa apa-apa juga peralatan bunyian seperti drum, gong dan sebagainya.
“Penonton turut tidak dibenarkan membawa bahan-bahan lain yang bahaya seperti senjata, suar, mercun dan objek lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada penonton lain,”ujarnya.
Selain itu, katanya lagi, pihak polis akan turut membuat kawalan sepanjang jalanraya yang mempunyai jejantas bagi mengelakkan penyokong-penyokong membaling objek merbahaya terhadap bas pemain dan penyokong pihak lawan.
“Pihak polis juga akan memberi kawalan ditempat penginapan pasukan JDT supaya tiada gangguan terhadap mereka.,”katanya.
Dianggarkan seramai 500 penyokong JDT akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Beliau turut mengharapkan agar penyokong kedua-dua pasukan dapat memberi kerjasama dengan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dan menjaga kelakuan demi maruah sukan di Negara ini.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top