Menu

IKLAN


IPOH: Seorang pesara yang baru sahaja terjaga dari tidur terkejut apabila mendapati ada dua orang penyamun berada di dalam rumahnya pada jam 6.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, kejadian tersebut berlaku di Taman Kin Mee, di sini semalam.

“Sebaik beliau bangun dari tidur, beliau mendapati terdapat dua penyamun telah memasuki rumah beliau dengan bersenjatakan parang dan kayu besbol.

“Antara barang yang disamun adalah termasuk sebuah kereta Myvi, barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, kad ATM, komputer riba dan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil universiti dan kad kredit,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pagi tadi.

Walaubagaimanapun, mangsa dan keluarganya tidak dicederakan oleh penyamun-penyamun berkenaan.

Selepas mendapat laporan daripada mangsa, Polis terus menjalankan siasatan dan melakukan rondaan bagi mengesan penjenayah.

“Pada jam lebih kurang 5.30 petang, pasukan polis telah pun menjumpai sebuah kereta Myvi yang diletakkan di kawasan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.

“Apabila pemeriksaan dibuat, itulah kereta yang dilarikan oleh penyamun.

"Penyamun telah meletakkan kereta itu ditepi jalan. Pihak polis telah membawa balik kereta tersebut untuk siasatan lanjut,”ujarnya.

Ujarnya lagi, jarak dari rumah mangsa dengan lokasi kereta tersebut dijumpai lebih kurang tiga kilometer.

“Kerugian pada mulanya dianggarkan sekitar RM120,000 tetapi sekarang kereta tersebut telah dijumpai, kerugian yang dialami oleh mangsa kurang daripada separuh.

Sehingga kini, kedua-dua suspek masih belum berjaya diberkas dan akan disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top