Menu

IKLAN


KEJAYAAN Selangor menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia 2015 selepas menjuarai Kumpulan C mengukir senyuman pengendalinya, Mehmet Durakovic.

Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, pemain The Red Giants layak diberikan pujian kerana mempamerkan aksi menakjubkan.

"Apa yang saya boleh katakan, pemain mempamerkan aksi yang menakjubkan. Kami mencipta banyak peluang dan boleh menambah dua atau tiga lagi gol.

“Secara keseluruhan, saya amat bangga dan gembira kerana kami telah layak ke pusingan seterusnya dengan baki satu perlawanan lagi” katanya.

Dalam perlawanan itu, Selangor hanya memerlukan 18 minit perlawanan untuk mendahului T-Team dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Shah Alam menerusi percubaan Andik Vermansyah sebelum Mohd. Zarulizwan Mazlan menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian, namun Ahmad Hazwan Bakri memastikan Selangor menjadi pasukan sulung ke suku akhir menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-72.

Ketika ditanya adakah Selangor mampu merealisasikan Misi 33 yang menjadi impian utama kelab dan penyokong musim ini, Mehmet berkata, beliau akan melakukan yang sebaik mungkin.

"Kami akan cuba yang terbaik, apa pun, adalah lebih baik untuk fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Apa yang paling penting, pemain kena terus memberikan aksi 100 peratus dan jangan mudah selesa apa yang dicapai," katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top