Menu

IKLAN

IPOH: Seramai 39,102 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perak yang bermula pada hari ini sehingga 8 Disember hadapan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Rozi Puteh Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 2667 merupakan calon persendirian.


“Jumlah calon sekolah ialah 36,435 orang, calon persendirian 2,667 orang dan calon berkeperluan khas 103 orang.

“Jumlah pusat peperiksaan ialah sebanyak 337 buah iaitu pusat sekolah sebanyak 299 dan jumlah pusat persendirian ialah 38 buah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus meninjau peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, di sini, pagi tadi.


Tambah Rozi lagi, seramai 2,649 petugas peperiksaan bertanggungjawab untuk memastikan peperiksaan pada kali ini berjalan lancar.

“Jumlah penyelia kawasan ialah 142 orang, bilangan ketua pengawas 337 org, timbalan ketua pengawas 337 orang, bilangan pengawas 1,496 orang dan bilangan pengemas bilik 337 orang.


“Saya berharap peperiksaan ini akan dapat berjalan dengan lancar dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada pengawas, begitu juga kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan,”ujarnya.

Katanya lagi, JPN turut mensasarkan seramai 1,200 pelajar mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan SPM tahun ini.

“Bagi tahun ini, sasaran kita ialah 95 peratus lulus. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah itu maksud kita.



“Saya amat berharap agar semua calon kita dapat menunjukkan satu tahap yang cemerlang dalam semua kertas yang mereka ambil,”ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat lapan orang pelajar yang menduduki peperiksaan di hospital iaitu di Hospital Tapah (1), Hospital Slim River (1), Hospital Angkatan Tentera Lumut (1), Hospital Fatimah, Ipoh (1), Hospital KPJ Specialist Centre, Ipoh (2), Hospital Teluk Intan (1) dan Hospital Batu Gajah (1) sehingga semalam.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top