Menu

IKLAN


Georgetown: Kejayaan membenam Pahang 4-1 pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya 26 September lalu terus menjadi sandaran dan impian Pulau Pinang untuk melakar kenangan manis apabila berkunjung ke Stadium Darulmakmur, malam ini.

Walaupun impian Pulau Pinang melangkah ke suku akhir boleh dianggap berkubur, mereka memburu bonus tersendiri untuk melakar kemenangan kedua ke atas Pahang dalam aksi terakhir Kumpulan D itu.

Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Azrul Ahmad berkata, kejutan boleh berlaku sekali lagi seperti mana kemenangan besar ke atas Tok Gajah di Stadium Bandaraya sebelum ini.

“Dulu kami berdepan laluan sukar untuk muncul dua pasukan teratas Liga Perdana, namun bangkit pada aksi lima perlawanan terakhir dan terus melakar kejayaan demi kejayaan sehingga akhirnya merebut tempat ke Liga Super musim depan.

“Kali ini, sekiranya PDRM menang besar ke atas PKNS serta kami pula menewaskan Pahang, kejutan melangkah ke suku akhir akan berlaku,” katanya.

Mohd Azrul berkata, fokus utama 90 minit menjadi penentu segala-galanya dengan semua pemain mengidam menewaskan juara bertahan Piala Malaysia dua musim berturut-turut itu.

Menurutnya, persiapan perlawanan berjalan lancar dan pemain tidak mahu melakukan kesilapan mudah sehingga menyebabkan Pahang berada pada kedudukan selesa.

- Harian Metro

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top