IKLAN



TAIPING: Selepas terpisah selama 20 tahun, pelajar-pelajar daripada tiga buah sekolah bertemu semula dalam satu majlis yang dianjurkan di Hotel Legend Inn, di sini malam tadi.
Hampir 100 pelajar daripada Sekolah Menengah Convent Taiping (SEMECOT), Sekolah King Edward VII (KE7) dan Treacher Methodist Girls School (TMGS) berkumpul dan mengimbau kenangan ketika masih bersekolah 20 tahun lalu.
Kesemua mereka telah meninggalkan bangku sekolah selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1995.
Pengarah Program, Mohd Azren Mohd Yusof berkata, idea untuk mengadakan majlis pertemuan semula ini tercetus apabila beliau berhubung dengan beberapa rakan lain melalui Facebook.
“Bila kita tengok di Facebook, kita rasa macam kenal dan kita mula berhubung. Kemudiannya bila kita ajak berjumpa, mereka beri maklumbalas yang positif dan kita bentuk satu jawatankuasa untuk majlis pertemuan semula ini.
“Jadi, wakil dari KE7 akan cari rakan-rakan mereka, begitu juga wakil dari SEMECOT dan TMGS. Kami semua teruja untuk berjumpa selepas 20 tahun meninggalkan bangku persekolahan.

Tambahnya lagi, meskipun hanya 100 daripada 600 pelajar dapat berkumpul, suasana pertemuan semula itu sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang diadakan sejak pagi semalam.

Majlis makan malam yang dihoskan oleh Serina Datuk Redzuan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi merapatkan lagi hubungan.
“Kita adakan program sehari dan turut diadakan adalah sukaneka serta permainan lain. Jadi hubungan sesama kita akan menjadi rapat seperti dahulu.
“Kita kalau boleh nak adakan selalu. Tetapi bukan tiap-tiap tahun kerana kalau kita buat setiap tahun, sudah tidak ada ‘sentimental value’nya. Mungkin dua atau tiga tahun sekali kita akan buat,”ujarnya.


29 Nov 2015

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top