BATU GAJAH: Kem Pemilihan
dan Temuduga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak Sesi Satu 2016/2017
yang berlangsung selama tiga hari di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah ternyata mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.
Rata-rata peserta yang
ditemui berkata, melalui DUN Belia ini, ianya merupakan satu platform yang baik
bagi golongan muda untuk menyuarakan pendapat mereka.
Pensyarah daripada
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Kishore Kumar
berkata, program sebegini ternyata memberi pelbagai manfaat kepada belia.
“Ianya banyak memberi
manfaat kepada belia sebab kita dapat pendedahan seperti macam mana kita nak
memimpin dan sebagainya.
“Ramai golongan belia
mempunyai bakat, tetapi tiada platform yang betul. Jadi program sebegini sangat
bagus, ianya merupakan platform yang tepat bagi golongan belia,”katanya.
Tambah pensyarah yang berusia 29
tahun dari Taiping itu lagi, program sebegini juga merupakan salah satu tempat
untuk orang muda menyampaikan mesej.
“Bukan semua yang datang
ke program ini boleh menjadi ADUN Belia, tetapi kita mempunyai motif dan
objektif untuk dicapai. Itu yang kita nak tengok.
“Dari sini, kita boleh
lihat macam mana persefahaman dan kerjasama antara ADUN Belia di peringkat
negeri Perak,”katanya.
Seorang peserta yang
mewakili kumpulan Belia Bekerjaya, Nur Balqis Zainuddin, turut berpendapat
bahawa DUN Belia ini merupakan salah satu langkah awal untuk merapatkan
golongan-golongan muda di negeri ini.
Menurut belia berusia 23
tahun itu lagi, sekiranya seseorang belia itu mendapat jawatan sebagai ADUN
Belia, mereka perlu tahu skop kerja mereka.
“Bila dah wujud jawatan
ini, kita boleh tahu skop-skop tugas bagi jawatan yang ada. Ianya bukan sekadar
jawatan, ianya adalah untuk diri sendiri dan juga golongan belia yang lain.
“Dengan adanya DUN Belia,
golongan-golongan belia yang sebelum ini membuang masa dengan aktiviti tidak
berfaedah akan menjadi golongan belia yang berguna untuk Negara apabila suara
mereka didengari,”katanya.
Pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Muhammed Nazhrin Faisal Sabri 16, berkata,
penganjuran kem sebegini merupakan salah satu inisiatif yang baik.
“Ini merupakan satu
inisiatif yang baik dan jika kita lihat, banyak dasar-dasar yang mengutamakan
belia, tetapi kesannya tiada.
“Jadi program seperti ini
yang melibatkan anak muda secara langsung boleh melahirkan pemimpin dari
peringkat akar umbi,”ujarnya.
Menurut pendebat sekolah
itu lagi, sebagai mewakili Kumpulan Belia Bersekolah, isu pendidikan akan
disuarakan supaya semua golongan belia mendapat pendidikan yang sewajarnya.




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.