Menu

IKLAN


BIDOR: Seorang pemandu lori mengalami kecederaan selepas lori yang dipandunya telah merempuh bahagian belakang sebuah lori treler.
Kejadian tersebut berlaku di KM348.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan awal pagi tadi.
Menurut sumber, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.05 pagi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori tiga tan dan sebuah lori treler.
“Pemandu lori tiga tan telah melanggar bahagian belakang lori treler tersebut yang mengakibatkan pemandu lori tersebut telah tersepit. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan,”katanya.
IMG-20151107-WA0002
Tambahnya lagi, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya.
Operasi yang diketuai oleh PB Naseruddin Hashim tamat kira-kira setengah jam kemudian.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top