Terletak di Jalan Leong Sin Nam Ipoh ianya juga merupakan salah satu restoran yang tidak asing lagi di bandaraya ini yang menyajikan pelbagai menu menarik pastinya mempamerkan kelainanannya yang tersendiri berbanding kafe-kafe lain.
Dengan dekorasi dalaman yang ringkas, ianya pasti menarik perhatian pelanggan yang datang dan menenangkan fikiran.
Pemilik bersama Gomok, Mohd Azim Azmi 31 berkata, idea untuk membuka café hipster adalah cetusan idea rakannya yang juga pemilik bersama kafe ini, Mahathir Mohamad 30 dan juga Akmal Zariff.
“Kami bertiga memang tidak ada pengalaman dan latarbelakang dalam bidang perniagaan makanan atau restoran. Tetapi kami teringin nak membuka sebuah kafe memandangkan ada permintaan dan peluang daripada orang Ipoh.
“Oleh itu, datang idea untuk membuka Gomok Café dimana ianya adalah sebuah kafe hipster yang mempunyai menu lain dari yang lain dan kuantiti makanan yang banyak dalam hidangan,”katanya.
Menurut Azim yang juga merupakan seorang kontraktor, kelainan di Gomok adalah dari segi menu yang rare berbanding kafe-kafe hipster yang lain.
“Menu-menu yang disajikan di Gomok sering bertukar dari masa ke semasa dan ianya dicipta oleh seorang chef yang berpengalaman, Mohamad Safwan Mohamad Hussin.
“Chef Safwan pernah berkhidmat di Banjaran Hotspring, Hotel Impiana, Hotel Casuarina dan beberapa hotel lain di sekitar utara tanahair,”katanya.
Tambahnya lagi, antara menu utama yang menjadi daya penarik di Gomok adalah Duo Of Chicken (combination of grilled thigh and chicken escalope accompanied with potato cake dan cream spinach), Crusted Lamb Shoulder (even baked crusted lambr shoulder, sided with hasselback potatoes tossed snow pea dan tamarind sauce) dan Spicy Seafood Aglio-Olio (stir fried spaghetti in garlic flakes, onion and tiny sliced bird eye’s enhanced with prawn, scallop, half shell blue mussel and squid, served with garlic bread).
| Duo of Chicken antara tarikan utama di Gomok Cafe |
| Crusted Lamb Shoulder turut menjadi tumpuan pelanggan di Gomok Cafe |
| Spicy Seafood Aglio-Olio |
“Ianya mungkin nampak biasa, tetapi kombinasi dalam sesuatu hidangan itu menjadikan ianya istimewa seperti Duo of Chicken dan Crusred Lamb Shoulder,”katanya.
Sementara itu, Mahathir berkata, kelainan menu yang ditawarkan di Gomok sukar untuk dibandingkan dengan kafe-kafe hipster yang lain kerana Gomok mementingkan kualiti bahan makanan yang digunakan dan kuantiti makanan yang disajikan kepada pelanggan.
“Kelainan pada menu di Gomok ialah, pelanggan susah untuk membandingkan makanan yang ditawarkan berbanding di kafe-kafe yang lain. Kita dalam perancangan untuk menyajikan lamb rack, ikan kod dan beberapa menu lain di masa akan datang.
“Pada mulanya, ada sesetengah pelanggan yang tidak pernah merasa makanan seperti itu kerana tidak biasa, tetapi lama-kelamaan, ada perubahan terhadap citarasa pelanggan,”katanya yang juga merupakan seorang Eksekutif di Institut Darul Ridzuan (IDR).
Tambahnya lagi, meskipun sasaran pelanggan di Gomok adalah dari golongan pertengahan, Gomok Café juga turut menawarkan makanan sesuai untuk golongan pelajar dan golongan muda.
Mahathir berkata, Gomok turut menawarkan pakej penghantaran di waktu tengah hari di sekitar bandaraya Ipoh, iaitu Gomok Avengers yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga dua petang.
“Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, perlu membuat pesanan sehari lebih awal. Tempahan terakhir diambil pada jam 11 malam untuk keesokan hari.
“Gomok Avengers ini didatangkan lengkap dengan minuman dan harga bermula dari RM10.50 hingga RM15.50,”katanya.
Orang ramai yang ingin mencuba merasai kelainan sajian di Gomok boleh berkunjung ke No. 1 Jalan Leong Sin Nam, Ipoh atau menghubungi 05 – 241 3619 untuk tempahan servis penghantaran Gomok Avengers.
Gomok Café beroperasi dari jam 5 petang hingga 11 malam dan tutup pada hari Selasa.




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.