Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR - Pengurangan bajet terhadap Universiti Awam (UA) adalah bagi mengelakkan pergantungan keterlaluan terhadap kerajaan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

‎Idris berkata, berbeza dengan universiti luar negara, pergantungan universiti dalam negara terhadap kerajaan terlalu tinggi hingga menyebabkan universiti negara kurang inisiatif untuk berdiri sendiri.

"Perkiraan itu juga telah diambil kira pandangan semua pihak, sebelum kerajaan mengurangkan bajet itu.

"‎Kerana bila kita membuat Pelan Pendidikan Tinggi telah mengambil kira pandangan semua pihak dalam Malaysia , Unesco, World Bank, dan pelbagai lagi.

"Dan kita dapati  kadar pergantungan UA tinggi kepada kerajaan iaitu mencapai 75- 95 peratus. Ini  terlalu tinggi berbeza luar negara AS misalnya, dalam 30 hingga 40 peratus sahaja,"  katanya ketika menjawab soalan tambahan Zairil Khir Johari  (DAP-Bukit Bendera) yang bertanyakan mengenai sebab penurunan Bajet 2016 kepada universiti awam di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, untuk permulaan memang pentadbir universiti agak sukar untuk mencari dana sendiri namun beliau yakin dengan kemampuan UA untuk berdiri sendiri. ‎

"Jadi untuk memastikan kemampanan UA kita kita perlu kurangkan kadar pergantungan kepada kerajaan, UA mampu lagi, ia tidak boleh selesa, boleh cari dana dengan memberi latihan konsultasi dan lain-lain lagi.‎

"‎Mungkin pada peringkat permulaan mereka gelabah sedikit, Insya-ALLAH saya yakin UA mampu," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Oktober lalu mengumumkan bahawa bajet 19 daripada 20  UA akan dipotong, ‎yang mana menyaksikan Universiti Malaya menerima paling banyak potongan dalam pembiayaan iaitu sebanyak 27.3 peratus atau RM175 juta.

Dalam pada itu, Idris berkata, ‎kerajaan menyasarkan kedudukan UA 100 universiti terbaik dunia menjelang 2025.

"Pada 2025 dua buah universiti kita akan  jadi universiti 100 terbaik dunia namun kita jangka kedudukan 100 ini kita boleh capai dalam masa satu, dua, tahun ini tak perlu tunggu 2025," katanya.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top