SABTU ini bermulalah langkah skuad hoki muda negara dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Remaja Asia 2015 yang sebelum ini dimenangi skuad The Young Tigers pada edisi 2012 di Melaka.
Selaku juara bertahan, skuad Projek 2016 dinilai tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan suku akhir.
Malaysia perlu memastikan diri menjadi juara atau naib juara kumpulan untuk mengelakkan pertemuan dengan dua pasukan teratas Kumpulan B yang berkemungkinan diisi Korea Selatan dan Pakistan di suku akhir.
Mengikut format pertandingan, juara dan naib juara Kumpulan A akan masing-masing menentang pasukan tempat keempat dan ketiga Kumpulan B bagi merebut tiket ke separuh akhir.
Selain Korea Selatan dan Pakistan, dua lagi pasukan Kumpulan B adalah Oman dan Bangladesh.
China, Jepun tetap ancaman
Di peringkat kumpulan hanya India yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan bimbingan Arul Selvaraj.
Bagaimanapun, Young Tigers tidak boleh memandang rendah terhadap dua pasukan lain iaitu, China dan Jepun.
“Jangan pandang rendah lawan dalam Kumpulan A jika mahu melangkah lebih jauh,” kata Arul.
Jelasnya, biarpun China dan Jepun adalah pasukan kerdil, dua pasukan itu mampu membuat kejutan dan menghalang impian skuad Malaysia ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki SUKPA, Kuantan.
“Ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan adalah penting.
“Keutamaan saya adalah aksi suku akhir (19 November) yang bakal menentukan nasib pasukan sama ada mampu ke separuh akhir,” katanya.
Optimis Malaysia menyerlah
Optimis Malaysia menyerlah
Bagi Arul, dia percaya pemainnya mampu muncul tiga terbaik sekali gus memastikan tiket ke Piala Dunia Remaja di India, akhir tahun depan.
Jelasnya, keyakinan itu berdasarkan latihan intensif dan persediaan dilakukan selepas menyertai Piala Sultan Johor bulan lalu.
Katanya, beberapa siri perlawanan persahabatan juga diatur menjelang kejohanan yang bermula Sabtu ini hingga 21 November.
-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.