IKLAN


SIMPANG PULAI: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas dalam lombong dekat Lahat di sini, malam semalam telah berjaya ditemui.
Mangsa dipercayai mabuk sebelum terjun ke dalam lombong berkenaan.
Sumber berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.35 malam.
“Jentera telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
“Anggota kemudiannya telah melakukan operasi pencarian dengan menggunakan bot dan ‘grappeling iron’ untuk mencari serta menyelamat mangsa,” katanya.
Ujarnya lagi, bomba turut melakukan pencarian di permukaan dan menggunakan ‘gripping iron’ di kawasan mangsa dipercayai lemas.
“Mangsa telah dijumpai kira-kira jam 1.06 awal pagi tadi.
“Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.
Operasi yang diketuai oleh PKPgB Rozmi Ahmad tamat kira-kira jam 1.50 pagi.


11 Nov 2015

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top