IKLAN

IPOH: Golongan belia yang berusia 16 tahun ke atas yang ketinggalan dari segi pelajaran, lepasan sekolah tahfiz, penganggur dan sebagainya kini dapat menyambung pelajaran di peringkat sijil melalui program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi pengambilan Januari 2016.

Konsultan Pusat Bertauliah, Ridwan Abu Samah berkata, program SKM ini terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia dan dijalankan di Pusat Bertauliah yang diberi pentaulahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“Ini adalah platform terbaik kepada golongan pelajar yang tidak berminat lagi dengan akademik di bangku sekolah menengah.

“Pelajar di bawah SKM lebih mudah mendapatkan tempat di sektor industri kerana sememangnya kita menerapkan pembelajaran dengan mendedahkan pelajar dalam industri,”katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, terdapat enam buah Pusat Bertauliah di seluruh semenanjung telah disediakan untuk pelajar menyambung pelajaran mereka.

Pelajar sekolah diberi taklimat berkaitan Program SKM
“Kita menggalakkan pelajar yang tidak berminat dalam akademik di persekolahan menimba ilmu kemahiran di Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan dan berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) agar masa depan mereka terjamin.

SKM kini menawarkan lapan tahap pensijilan iaitu Peringkat Operasi dan Pengeluaran (SKM Tahap 1 dan 2), Peringkat Penyeliaan (Tahap 3), Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran Malaysia [DKM] Tahap 4), Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia [DLKM] Tahap 5), Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran Malaysia [TKM] Tahap 6), Peringkat Teknologi Pakar (Malaysia Skills Maister [MKM] Tahap 7) dan Peringkat Senior Teknologi Pakar (Malaysian Skills Technology [MTM] Tahap 8).

Senarai pusat bertauliah yang dibuka adalah di Kolej Mighty Skill (Seremban 2) yang menawarkan empat jenis kursus iaitu Automotif, Elektrik, Kimpalan dan Pastri (Pemohon dari Sabah dan Sarawak layak mendapatkan duit tambang) dan Point College Malaysia di Kota Damansara yang menawarkan kursus Multimedia Grafik.



Sementara itu, Institut Kemahiran UNI CETE di Kuala Terengganu pula menawarkan dua kursus iaitu Automotif dan Jahitan, Kolej Negeri Chedang Kampus di Bukit Chedang Seremban menawarkan lima kursus iaitu Sistem Komputer, Elektrikal, Sistem Maklumat, Kulinari dan Automotif.

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menawarkan empat jenis kursus iaitu Pelukis Plan Seni Bina, Elektrikal, Automotif dan Pastri dan Kumpulan Akademik Yayasan Negeri Sembilan menawarkan kursus Sistem Maklumat, Elektrikal, Pastri, Kulinari, Penyediaan Makanan dan Minuman, Elektronik Industri, Automotif dan Pembuatan Pakaian/jahitan dan First Choice Automotif Training Academy di Sungai Petani menawarkan kursus Automotif.

Pusat Bertauliah ini turut menyediakan penginapan kepada pelajar yang jauh selain daripada pelajar dibawah program SKM dan DKM akan turut diberi bantuan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).


Selain itu, pelajar juga akan turut menerima duit sara diri sebanyak RM400 setiap bulan sepanjang pengajian.

Remaja yang berminat menyambung pelajaran di Pusat Bertauliah dan ingin mengetahui maklumat lanjut,boleh menghubungi Ridwan di talian 011 255 137 00.




24 Nov 2015

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top