Menu

IKLAN


IPOH: Pasukan Perak berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Agong buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Perlis dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis, semalam.

Jaringan tunggal itu disumbangkan oleh pemain tengah, Faizwan Dorahim pada minit ke-26.


Meskipun berdepan dengan kesukaran menghantar bola akibat keadaan padang yang ditakungi air akibat hujan, rentak permainan kedua-dua pasukan tetap mempamerkan aksi-aksi menarik.

Pengurus Pasukan Perak, Joharudin Johar Ali berkata, pemainnya tidak menunjukkan prestasi sebenar yang dimiliki akibat permukaan padang yang sedikit sukar.


"Malam ini (semalam) tuah sedikit menyebelahi kepada Perak dimana dapat dilihat Perlis lebih banyak menguasai perlawanan.

"Kemenangan ini sedikit sebanyak menyuntik motivasi untuk kami beraksi lebih baik pada saingan Piala Emas Raja-Raja nanti" katanya, menerusi kenyataan media.

Piala Emas Raja-Raja 2015 dijadualkan bermula pada 20 November ini.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top