Menu

IKLAN

IMG-20151105-WA0003
KUALA KANGSAR: Operasi mengesan seorang wanita berusia 45 tahun yang disyaki membunuh diri dengan terjun daripada Jambatan Sungai Perak masih diteruskan sehingga petang ini.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan diterima sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
Tambah sumber kejadian berlaku di jambatan Sultan Azlan Shah berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) PLUS arah utara, Sungai Perak.
Turut membantu dalam operasi pencarian Balai Bomba dan penyelamat bahagian Pasir Puteh dan bagian Sungai Siput.
Operasi mencari dijalankan secara berkala dengan menaiki bot sekitar tebing sungai berkenaan.
Pencarian yang sudah masuk hari ketiga masih diteruskan diketuai oleh Ketua Operasi PKPgB Khairi Anuar Saharudib.
Seramai 43 anggota dari beberapa Agensi turut membantu operasi mencari termasuk pihak Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PPDA, Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM).
Operasi pencarian turut melibatkan penggunaan 7 bot iaitu 5 bot dari Bomba dan dua dari JPAM.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top