Menu

IKLAN


MANILA - FILIPINA. Kumpulan militan di selatan Filipina menuntut wang tebusan lebih AS$85 juta (RM363 juta) untuk tiga warga asing dan seorang rakyat tempatan yang diculik dari sebuah pusat peranginan September lalu.

Tentera Filipina berkata, pihaknya masih berusaha mengesahkan tuntutan itu yang dibuat menerusi sebuah video dikeluarkan kumpulan militan Abu Sayyaf, dan diedarkan dalam talian oleh SITE Intelligence Group.

Dalam video berdurasi selama 87 saat itu, John Ridsdel dan Robert Hall, rakyat Kanada, Kjartan Sekkingstad warga Norway, dan Marites Flor dari Filipina dilihat diapit sekumpulan lelaki bersenjata berpakaian hitam.

"Kami merayu kepada perdana menteri dan rakyat Kanada, tolong bayar wang tebusan AS$21.3 juta (RM91 juta) setiap seorang secepat mungkin kerana nyawa kami dalam bahaya," menurut Ridsdel.

Kesemua tebusan diculik 21 September lalu dari sebuah pusat peranginan di Pulau Samal, dan dipercayai dibawa ke Pulau Jolo, terletak kira-kira 1,000 kilometer di selatan Manila. 

- AFP


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top