Menu

IKLAN

IPOH: Seramai 405 orang pelatih berjaya menamatkan latihan perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) siri yang ke-53.
Mereka telah diraikan dalam satu majlis Istiadat perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda yang berlangsung di Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ipoh, semalam.
4 (2)
Istiadat Perbarisan ini disaksikan oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Roslan Saad, pegawai-pegawai kanan TUDM dan ahli keluarga perajurit muda.
Roslan berkata, jumlah perajurit wanita yang berjaya menamatkan latihan pada tahun ini adalah yang paling ramai sejak tiga tahun lepas iaitu 86 orang selepas mengharungi latihan kententeraan selama 24 minggu.
Menurutnya, para perajurit ini juga tidak ketinggalan dalam bidang akademik kerana mereka telah didedahkan dengan modul seperti Pengetahuan Am, Perkhidmatan, Keselamatan, Tatatertib, Pendidikan islam, Pendidikan Moral dan Etika Tentera.
7
“Setelah tamat menjalani latihan, semua perajurit muda ini akan ditempatkan ke unit-unit yang telah ditetapkan dan mereka akan menghadiri kursus asas ketukangan bagi mempertingkatkan kemahiran dan juga profesionalisma masing-masing,” ujarnya.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan payung terjun dari perajurit TUDM, penyampaian hadiah Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan TUDM, praktikal solat ketika perang dan persembahan akrobatik dari anggota TUDM.
2 (2)
Dalam pada itu, Roslan berkata pihak TUDM bersedia dalam melakukan beberapa pembaharuan menjelang tahun 2016.
“Antaranya dalam penambahan pesawat B7 yang baru bagi menggantikan model yang lama secara berkala dan penambahbaikan latihan pesawat.
“Bagi isu kumpulan militan IS pula, TUDM sentiasa memantau anggotanya supaya mereka tidak terlibat dengan kegiatan ini dan kita sering memberi nasihat serta mengadakan program kesedaran mengenai IS,” katanya dalam sidang media selepas selesai majlis ini.
1 (2)
Rosdan berkata, TUDM tidak akan sama sekali berkompromi jika ada dalam kalangan anggota yang terlibat dengan kumpulan militan ini dan mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Selain itu, beliau menyatakan TUDM sentiasa bersedia untuk membantu agensi-agensi lain dalam menghadapi banjir sekiranya ia berlaku.
“Tugas kita adalah membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kita akan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya banjir besar berlaku.
“Apapun kita bertindak mengikut situasi dan keadaan,” ujarnya ketika diminta untuk mengulas mengenai kesediaan TUDM menghadapi banjir.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top