Menu

IKLAN




IPOH: Seramai 500 kanak-kanak daripada pelbagai rumah kebajikan di negeri ini menerima kejutan istimewa apabila menerima pas lawatan percuma untuk berkunjung ke taman tema animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) apabila ianya dibuka kelak pada pertengahan tahun hadapan.

Jemputan istimewa itu dibuat sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat #MAPSweCare  yang bertujuan untuk membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan pendekatan prihatin kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Darren McLean berkata, #MAPSweCare telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk inisiatif kemasyarakatan.

“Melalui program #MAPSweCare, kami berharap untuk terus menyentuh hati dan menyebarkan kegembiraan di kalangan masyarakat dengan penampilan yang unik.

“Kami mengalu-alukan organisasi korporat yang lain untuk menyertai kami dalam menggalakkan perubahan positif masyarakat dan memberi inspirasi kepada yang kurang bernasib baik untuk merealisasikan impian mereka,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.


Sementara itu menurut Guru besar Sekolah Semangat Maju, Annie Magaret pula menghargai usaha yang dilakukan oleh MAPS yang menghargai dan menghiburkan kanak-kanak istimewa ini.

“Kami amat menghargai usaha organisasi korporat seperti MAPS untuk melibatkan kanak-kanak istimewa kami dalam inisiatif kebajikan masyarakat mereka.

“Tiada apa yang lebih baik daripada melihat kegembiraan di wajah mereka dan saya percaya bahawa apabila taman tema MAPS siap dibina, pastinya menjanjikan pengalaman yang hebat kepada semua kanak-kanak,”ujarnya.

Manakala bagi pengasas Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Dr Fazillah Nordin berkata, kanak-kanak dibawah jagaannya  sungguh teruja ketika dibawa melawat ke MAPS, semalam.

“Kanak-kanak di bawah jagaan kami sungguh teruja dengan peluang khas untuk melawat MAPS, terutamanya lokasi kami sememangnya sungguh berhampiran dengan Taman Tema MAPS di bandar Meru Raya,”katanya.

Sebanyak lapan buah rumah kebajikan dan anak yatim telah dipilih iaitu Sekolah Semangat Maju (Terencat Akal), Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi dan Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda, Chemor.

Selain itu, Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin Parit, Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip Meru Raya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar Ridwani, Ipoh dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah Taiping turut menerima jemputan istimewa ini.

Taman tema MAPS akan melancarkan jualan tiket bermula Januari ini dan orang ramai boleh layari www.mapsperak.com untuk mendapatkan maklumat terkini.

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top